Bawa peti dari Melaka Berisi pakaian si anak raja Kalau hati sudahlah suka Semua keadaan indah sahaja.
Rindu dendam keluh kesah Seolah sembilu menusuk kalbu Rinduku dalam hatiku resah Terasa pilu tidak bertemu
Lalu dewata terbang melayang Habis mati kera dan lontong Siapa kata saya tak sayang Penangan hati buah jantung
Pak Kaduk menghisap candu Peluh keringat jari kematu Di mana duduk di situ merindu Hanya teringat cinta yang satu
Budak-budak membuang dedak Penuh setimba di celah batu Berdua tidak, bertiga pun tidak Kasih hamba hanyalah satu
Pokok selasih pokok bayam Dalam kepuk buah berangan Seorang kasih seorang sayang Tidak bertepuk sebelah tangan
Rama-rama selembut baldu Bebas laksana layang-layang Sama-sama menanggung rindu Tidur tak lena makan tak kenyang
Walau bunga kembang setaman Bunga mawar masih dipuja Walau ramai menjadi teman Dalam hatiku dinda sahaja
Pohon selasih tumbuh melata Tumbuh diperdu pokok sena Sepasang kekasih mabuk bercinta Siang merindu malam merana
Hujan basah habis basah Sejuk mengeletar tidak mengapa Sudah lama kita berpisah Baru kini kita berjumpa
Budak sekolah berbekalkan susu Pergi berkelah mengutip lokan Mengapa adik diam membisu Kalau salah harap maafkan
Tunduk malu tidak biasa Bunga Melati jadi tumpuan Sehari berlalu setahun terasa Rindu di hati padamu puan
Pohon senduduk pohon sengkuang Hinggap penyengat di dalam pasu Di mana duduk terkenangkan tuan Luluh semangat letih lesu
Tuan Puteri di atas biadak Parasnya cantik gilang gemilang Pesan tidak cakap pun tidak Tiba-tiba sahaja menghilang
Dicelah tudung bunga terselit Lembut gebu bunga seroja Kasih tuan kasih dikulit Tanam tebu dibibir sahaja |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar