Cincin disarung hati berdebar Jarinan lembut wajah terhias Ramadan disambut penuh sabar Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata Tutur peri yang aulia Maaf-bermaafan sesama kita Di Aidilfitri yang mulia
Buah pauh ditengah bendang Jadi dagangan ditengah kota Saudara jauh datang bertandang Bermaaf-maafan sesama kita
Sungguh rendang pohon rumbia Tempat persinggahan sianak kera Ketupat rendang sudah tersedia Jemputlah semua menjamu selera
Sungai disusur sehari-hari Dalam gelap menangkap ikan Kami menyusun sepuluh jari Salah dan silap harap maafkan
Disisir diandam dengan cekap Potong rambut pelbagai gaya Puasa sebulan sudahlah lengkap Kita menyambut Hari Raya
Negara kita aman sentosa Jangan dilupa orang terinyanya Makan sudah baju bergaya Orang fakir jangan dilupa
Masak udang dan gulai ketam Pembasuh mulut kuih keria Berbunyi mercun berdetum detam Riang gembira dihari raya
Adik tersayang segak bergaya Mengait kuih di atas para Suasana riang di hari raya Bermaaf-maafan riang gembira
Menyeberang lautan melintas negeri Terbang jauh dari Itali Datuk nenek muka berseri Anak cucu telah kembali
Gua Niah pintunya lebar Dayak dusun jadi penjaga Datuk nenek tidak tersabar Kuih tersusun di atas meja
Memukul gendang pelbagai gaya Amat meriah riang gembira Ramai bertandang di hari raya Tersenyum riang sanak saudara |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar