Puisi : Bicara Buat Dua Hati
| |
Di malam ini Aku kembali membuka lembaran sehelai kertas Berbekalkan tinta nan basah Ditemani gerimis yang turun nun jauh dari angkasa Dan bunyian bertali arus kesesakan kota
Di malam ini Izinkan aku berbicara Bicara buat dua hati Yang kini sedang bertaut di pintu hatiku Mengusik-ngusik kotak mindaku
Sedikit masa lalu Sekeping hati Telah hadir menemani diri ini Saat aku kesedihan meratap pemergian insan lalu Dan saat aku dahagakan seorang insan sebagai teman bicara
Hadirnya Mengungkapkan hilai tawa di hati gersangku Aku tersenyum kembali Meniti hari-hari mendatang bersama dia yang setia menemani
Masihku ingat Di suatu malam dia berbicara “ Dia jangan lupakan kita ya. Bagi kita, dia adalah lelaki yang amat memahami perasaan kita” Suatu pujian dia lontarkan ke telinga ku Aku sedikit terharu Mengapa? Mengapa?
Namun kini, Aku telah memulakan kembali dunia hidupku Berada di suatu tempat yang baru Bertemankan suatu panorama yang indah
Ku sangkakan tiada lagi insan yang ku akan temui di sini Ku sangkakan tiada lagi cinta yang akan bersemi di sini Tapi Aku silap Kerana di suatu saat Aku terpandangkan suatu bayang Bayang seorang wanita yang selama ini ku dambakan Wanita yang meletakkan agama itu di atas Membatasi segala-galanya Wanita yang bicaranya tiada tersasul dengan kata yang sia-sia Dan wanita itu… Sukar bagiku untuk bayangkan dengan kata-kata
Kini Bayang wanita itu kian mendekat ke arahku Aku dijadikan tempat bergantung hidup Aku dijadikan pelabuhan untuk berkongsi cerita Cerita duka Cerita tawa Dan segala macam cerita lagi
Tapi Bagaimana dengan hati itu? Hati yang selama ini menemaniku Di saat aku berduka Di saat aku kecewa Berdosakah aku? Membuatkan hati itu terus menanti sesuatu yang tiada pasti Aku keliru Mengapa aku tiada perasaan buat hati itu? Tiada? Adakah aku pasti? Aku keliru Adakah aku ada menyimpan perasaan buat hati itu? Aku tidak pasti Bagaimana aku harus mencintainya Seandainya aku tiada mengenali hati itu dari dekat Bagaimana aku harus menyayanginya Seandainya lebuhraya kehidupan aku bersama dia masih samar Samar dalam kegelapan Maafkan aku duhai hati Aku tiada bisa meneruskan perasaan ini buatmu Aku tiada mahu kau merana di suatu masa nanti Seandainya kau kehilangan aku Aku sendiri tiada mampu memberikan kau apa-apa Kerana diriku ini masih serba kekurangan Carilah dan tempuhilah perjalanan hidupmu itu Persiakan aku di sini Kerana aku rasa bersalah buat dirimu Maafkan aku seandainya selama ini aku membuahkan segugus harapan di hatimu Maafkan aku kerana membuatkan kau terluka Aku mendoakan agar ada seorang insan Yang bakal menjemputmu Dan membawamu ke lembah kebahagiaan Yang kekal abadi Maafkan aku kerana tiada bisa menerimamu Ketahuilah Aku tiada mampu bersamamu Kerana aku dan dirimu Tiada suatu masa hadapan yang dapat menjamin cinta ini terus bersemi Lebih baik kau kehilangan aku kini Daripada kau kehilangan aku di suatu masa nanti Maafkan aku duhai hati…
Kepada wanita itu Wanita yang meletakkan agama itu mengatasi segala-galanya Aku menginginkan kau setia Andainya aku insan yang kau pilih buat menemanimu Aku menginginkan kau jujur Dalam perhubungan ini Kau sendiri pernah berkata Di suatu masa nan lalu “ Saya ingin mengenali awak dengan lebih mendalam” Kan ku simpan kata itu Sebagai bukti andainya cinta itu bersemi Suatu saat nanti Akan ku luahkan segala yang tersimpan di hati kecilku Dan aku jua ingin mendengar apa yang tersimpan di hati sucimu Kerana itu adalah janji yang telah kita pateri Sedikit masa lalu
Di malam ini Aku kembali menulis Menulis bicara buat dua hati Dua hati yang terpaksa ku pilih Sukar bagiku untuk semua ini Ku hanya mengharapkan sekalung kemaafan Buat satu hati yang kini kecewa kerana ku Maafkan aku Aku menghargaiku kehadiranmu Tapi Aku tiada bisa bersamamu Dan tiada bisa menerima cinta sucimu Aku mendoakan kebahagiaanmu Maafkan aku
Kepada satu hati lagi Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidupku Aku menghargai semua ini Semoga kau bahagia di sampingku
Ketahuilah Sukar bagiku untuk semua ini |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar