Puisi : Cinta tinggal di hati
| |
Ya, Aku tahu Kau marah Aku tidak pertahankan kau Kononnya orang yang paling aku cinta
Ya, Aku tahu Kau kecewa Aku terus berputus asa Kononnya tidak mahu halang kau bahagia
Ya, Aku tahu Kau benci Aku terus membisu diam menyepi Kononnya menjauh mengubat luka sendiri
Ya, Aku tahu Kau sedih Bukan niat untuk jadi duri Tapi hanya untuk menguji Rupanya tertusuk diri sendiri
Ya, Kini aku tahu Kau keliru Antara dia dan aku Janji telah terpatri Tak guna berpaling lagi
Ya, Kini aku pasti Kau bahagia Dengan rela aku menyepi Walau rindu terpaksa berpura
Ya, Aku yakin kini Cinta tinggal di hati Walau di mana kau berada Atau dengan siapa menemani Kau tak pernah tinggalkan aku Kerna cinta untukmu Terpatri utuh di hati |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar