Beli sekayu kain kasa Cukup diukur dengan lerengnya Bangsa Melayu menjaga bahasa Lengkap dengan sopan adapnya
Beli sekayu kain kasa Cukup diukur dengan lerengnya Bangsa Melayu menjaga bahasa Bahasa cabul patang larangnya
Ikan perkasam siikan gelama Duduk tersimpan di dalam baki Yang Islam dibunuh kerana agama Melayu berbunuh kerana dengki?
Fitnah itu tiada ampunnya Kerana dosa sesama manusia Mulut celupar amat cabulnya Jangan disebut yang sia-sia
Sekular mengutuk tidak bermoral Di sisi ugama hina dina Mulut celupar bagai tak sara Bergaul bebas jantan betina
Roti kaya airnya bandung Jadi hidangan datuk panglima Biar pun kaya 7 gedung Tidak sembahyang tiada berguna
Padi sedang tumbuh subur Senduduk menumpang bayang Menangis badan dipinggir kubur Teringat hidup tidak sembahyang
Logam emas dibuat dinar logam besi dibuat dawai Kalau tak berani berkata benar Tak usah hendak jadi pegawai
Di tepi kali saya menyinggah Menghilang penat menahan jerat Orang tua jangan disanggah Agar selamat dunia akhirat
Kalau memakai baju lusuh Habis diguna emas dipinggang Sahabat akan jadi musuh Sanak saudara jadi renggang |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar