Ayam didik disambar helang dari sumur sampai kekali Tinggal cik adik abang pulang Panjang umur jumpa kembali
Puteri di taman memakai gelang Rambut berjurai bawah mahkota Bunga idaman disambar helang Jatuh berderai si air mata
Sayang-sayang mabuk kepayang Bunga ditangan disunting kumbang Belum dapat abang sayang Sudah dapat abang terbang
Melompat belalang seperti disampuk Melihat memerang hendak berperang Apa malang si bujang lapuk Bunga ditangan disambar orang
Kalau bunga dikacau kumbang Habiskah layu kering mati Bila berjauhan hatiku bimbang Adik akan berubah hati
Walau bunga kembang setaman Bunga mawar masih dipuja Walau ramai menjadi teman Dalam hatiku dinda sahaja
Hendak kusukat air madu Dari guri kedalam loyang Semakin dekat semakin rindu Saban hari semakin sayang
Kalau ada sumur diladang Mandi jangan di bulan terang Apa nasib celaka badan Tunangku hilang dilarikan orang
Kayu jati buat tenggala Kerbau berdua dipakaikan galang Rasa hati bagai nak gila Ayam seekor disambar helang
Tikus berangan menjadi singa Asah senjata atas beras Gamat kompang perit telinga Air mata mengalir deras
|
Tidak ada komentar:
Posting Komentar