Bauhulu kuih traditional Mangkuk timah penuh sarat Kalau dahulu tidak kenal Sekarang beramah semakin erat
Ikan di laut asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua
Tunduk segala rakyat jelata Memberi takzim raja gahari Raja rupawan di atas takta Duduk memerintah barang sehari
Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenal kemudian bertunang Diatas pelamin sama bersatu
Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan
Ayam dara di buat gulai Bungkus bekalan letak di bucu Riang gembira kedua mempelai Semoga berkekalan keanak cucu
Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat
Sianak dara memakai lokek Lokek tersangkut dihujung julai Untuk majlis membelah kek Jemput bangun kedua mempelai
Pergi berzanji di pekan pagoh Beli sekati ikan senohong Sudah berjanji bersetia tegoh Jangan dimungkiri bercakap bohong
Bunga Melati dihujung dahan Disunting dara dengan cermat Suami isteri berkasih-kasihan Seperti nabi kasihkan umat
Ikan todak si ikan pari Ikan linang di dalam peti Adapun adat bersuami isteri Senang dan susah sampai kemati |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar