Pergi kehutan mengutip pegaga Pegaga tumbuh di dalam paya Hendak lari mulut naga Termasuk pula kemulut buaya.
Buah berangan buah bidara Ranting tersangkut dihadapan pintu Bersubang ku sangka dara Bermisai berjanggut kenapa begitu
Berkubang di lubuk batu Berlengging dalam perahu Orang bersubang dia begitu Orang GAY dia tak tahu
Burung didik terbang di awan Mudia belia menangkap ikan Baik-baik bila berkawan Akhlak mulia mesti diutamakan
Dalam lubuk banyak toman Sekali bah mudik ke rawa Ustaz sibuk menjual iman Duduk menyembah menteri dewa
Batang beremban ditarik kuda Kuda meringgit hendak makan Burung terbang dipipiskan lada Guruh dilangit tempayan dicurahkan
Menanggung dosa itu berat Walau pun pada orang yang alim Wajib manusia menutup aurat Terutamanya pada wanita muslim
Hari raya hari yang berkat Bermaaf-maafan sesama saudara Hai maknusia bulatkan tekad Perintah Allah laksanakan segera
Puasa itu satu perintah Oleh Allah yang maha perkasa Perintah itu jangan dibantah Wajibnya itu pada yang berkuasa
Sehari sudah lesu berpuasa Hidangan berbuka sudah tersedia Jangan kamu membazir masa Mulai beribadat semasa belia
Fitnah itu tiada ampunnya Kerana dosa sesama manusia Mulut celupar mudah luahnya Janganlah dibuat kerja sia-sia |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar