Pohonnya rendah dahannya rendah Bertebar ke bumi buah bidara Minum sudah sirihpun sudah Bolehlah kami buka bicara \
Rebus laksa lalu disejat Jangan terkurang letak kuahnya Kami datang membawa hajat Hajat orang kami penyampainya
Mengapa pipit terbang rendah Siraja udang menangkap ikan Air sudah sirihpun sudah Hajat apa sila khabarkan
Bulan bintang hendak dipanjat Tali sabut siap dipintalkan Kami datang membawa hajat Hajat disambut lalu diutuskan
Ditengah rimba singgah raja Berasa gusar membina kota Bukan hamba datang sahaja Niat besar tidak terkata
Ada berapa kuntum Melati Cukupkah dikalungkan Ada apa niat dihati Mengapa tidak disampaikan
Ukiran tersusun diatas rusuk Bunga raya di atas baki Kedalam rumah sudah saya masuk Diatas kerusi sudah saya duduki
Penat sudah membajak bendang Mempelam ranum bekalan kakak Air manis sudah terhidang Jemput minum membasah tekak
Ku semai padi penuh sebendang Selepas sehari-hari membajak Hari ini saya bertandang Datang kemari membawa hajat
Jentayu burung di awan Batu gemala penghias mahkota Tepak sirih di atas puan Itulah mula pembuka kata |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar