Puasa itu satu perintah Oleh Allah yang maha perkasa Perintah itu jangan dibantah Wajibnya itu pada yang berkuasa
Hari raya hari yang berkat Bermaaf-maafan sesama saudara Hai maknusia bulatkan tekad Perintah Allah laksanakan segera
Sehari sudah lesu berpuasa Hidangan berbuka sudah tersedia Jangan kamu membazir masa Mulai beribadat semasa belia
Dingin di perigi waktu pagi Berkokok ayam ditengah laman Aidil fitri menjelma lagi Tamatlah ujian bagi yang beriman
Disisir diandam dengan cekap Potong rambut pelbagai gaya Puasa sebulan sudahlah lengkap Kita menyambut Hari Raya
Sebulan genap kita berpuasa Semoga digolongkan pada orang berjaya Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa Sesudah berpuasa kita beraya
Lemah lembut tuan puteri Berhias pandai cantik dipandang Meriah menyambut Aidilfitri Sahabat handai datang bertandang
Lemah lembut tuan puteri Berkain cindai cantik dipandang Meriah menyambut Aidilfitri Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi Tabuh bising mulakan hari Aidilfitri menjelma lagi Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya Pangkat kedudukan hamba bernyawa Sama-sama menyambut raya Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan Kejayaan menempuh halangan Mengenali erti kesenangan Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan Menghapus kesalahan sesama insan Memupuk perpaduan sesama ehsan Mengikat tali keakrapan |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar